Pembantu Hasil (Percukaian Dan Operasi)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Cyberjaya Full-time
Fungsi Perkeranian
- Membantu melaksanakan urusan perkhidmatan pegawai seperti lapor diri, pengesahan lantikan dan perkhidmatan, perubahan gaji dan elaun, cuti, kehadiran, kenaikan pangkat, pengisytiharan harta, penilaian prestasi, tatatertib, statistik perjawatan dan lain-lain.
- Mengemaskini maklumat perkhidmatan pegawai dalam sistem, buku perkhidmatan dan fail peribadi.
- Membantu melaksanakan urusan berkaitan pasca perkhidmatan pegawai seperti penyediaan dokumen saguhati tamat perkhidmatan (STP), gantian cuti rehat (GCR), Sijil Penyelesaian Cukai (SPC), bersara atas sebab kesihatan, penamatan perkhidmatan pegawai dan lain-lain.
- Membantu melaksanakan urusan am seperti pengurusan kenderaan, bangunan, mel dan lain-lain.
- Membantu melaksanakan pengurusan stor dan aset.
- Membantu melaksanakan urusan perolehan secara pembelian/lantikan terus dan sebut harga bagi bekalan stok, perkhidmatan, kerja, penyelenggaraan, aset dan lain-lain.
- Membantu melaksanakan urusan kemudahan pegawai seperti insurans perubatan, klinik panel, pakaian korporat, insurans lawatan persendirian ke luar negara dan lain-lain.
- Mengurus pelaksanaan latihan, kursus dan bengkel bagi pegawai termasuk pencapaian jam kursus pegawai.
- Membantu dalam urusan klasifikasi fail-fail mengikut panduan yang ditetapkan.
- Menyediakan dokumen berkaitan pembayaran gaji secara payroll atau baucar berasingan.
- Menyediakan penyata pemungut bagi pembayaran yang akan dibuat ke akaun Lembaga.
- Membantu menyediakan purchase requisition (PR), pesanan pembelian dan baucar bayaran bagi bil/invois semasa.
- Menyemak permohonan pembiayaan kewangan daripada pegawai seperti pembiayaan perumahan, peribadi, kenderaan dan komputer riba.
- Membantu urusan panjar wang runcit dan tuntutan bayaran balik pegawai dalam portal kewangan seperti tuntutan perjalanan, perubatan, pakaian korporat, pakaian seragam dan lain-lain.
- Menjalankan tugas audit meja mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK).
- Menyediakan taksiran kurangan dan perhitungan pembayaran balik Seksyen 110 ACP.
- Menyediakan kemasukan fail mati dan fail pindah.
- Membantu memberikan khidmat nasihat berkenaan audit cukai kepada pembayar cukai dan pegawai audit berhubung kerja harian.
- Membantu mencapai sasaran prestasi yang telah ditetapkan.
- Mengawalselia pelaksanaan KPI Operasi Kawalan Cawangan.
- Mengawalselia pelaksanaan KPI individu Polis Bantuan di bawah seliaan.
- Mengawalselia disiplin anggota Polis Bantuan di bawah seliaan.
- Memantau penugasan serta pematuhan kontrak khidmat kawalan swasta di peringkat cawangan, serta bertindak sebagai pengawas kontrak.
- Memastikan bekalan buku gari, Buku 74C, Pol.5 dan Pol.5 mencukupi di cawangan seliaan.
- Bertanggungjawab menyediakan laporan kepada Penyelia Polis Bantuan Negeri dan Bahagian Keselamatan.
- Mengenalpasti jenis pertanyaan dan keperluan pelanggan serta menyemak maklumat percukaian bagi tujuan khidmat nasihat.
- Menerima permohonan dan mengurus tindakan pindahan kredit.
- Menyemak dan mengenalpasti jenis dokumen yang diterima di kaunter setempat untuk tujuan agihan kepada unit/pegawai.
Agensi Pekerjaan Career International FOS Sdn BhdCyberjaya
As a Customer Service, you will be responsible for resolving customer queries, recommending effective solutions, and guiding users of a global top-tier travel service to ensure outstanding customer experiences (CX).
Overall Responsibilities:
Ocean W ICT Sdn BhdPutrajaya, 4 km from Cyberjaya
A passion for the sports and lifestyle industry.
• Strong communication skills to interact with local and international shoppers.
• Ability to work in a fast-paced retail environment with quarterly stock transitions.
• Previous experience in...
Solidaridad Network (M) BerhadPutrajaya, 4 km from Cyberjaya
1. Monitoring programme results to ensure that objectives are being met.
2. Facilitation of knowledge building and knowledge sharing, ensuring lessons learned are documented and applied
3. Contribute to the review and analysis of operations plans,...