Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5

apartmentMajlis Perbandaran Teluk Intan placeTeluk Intan scheduleFull-time calendar_month 
SYARAT LANTIKAN
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a)(i) Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan syarat berikut:
  1. Mempunyai kelayakan yang dinyatakan di perenggan 1(a); dan
  2. Had umur pelantikan adalah seperti berikut:(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa, serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa, sama ada dibatalkan, diganti, atau ditambah baik.

Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, Bantuan Sara Hidup (COLA), dan lain-lain adalah tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
  1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan serta salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

iii. Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan ditolak.

iv. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  1. Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 07 JULAI 2025

business_centerHigh salary

Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA5

apartmentMajlis Perbandaran Teluk IntanplaceTeluk Intan
SYARAT LANTIKAN   1.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: a)(i) Sijil dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ...
apartmentMajlis Perbandaran Teluk IntanplaceTeluk Intan
SYARAT LANTIKAN   1.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: a)(i) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada...
electric_boltImmediate start

Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5

apartmentMajlis Perbandaran Teluk IntanplaceTeluk Intan
SYARAT LANTIKAN   1.  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a)(i) Sijil Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau(ii)...