Pembantu Tadbir (Pengawas) (Kontrak) – Gred N1

apartmentMajlis Bandaraya Petaling Jaya placePetaling Jaya scheduleFull-time calendar_month 
Jawatan: Pembantu Tadbir (Pengawas) – Gred N1 (Kontrak)Kumpulan Perkhidmatan: PelaksanaKlasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan (N)Taraf Jawatan: KontrakBilangan Kekosongan: 4
  1. SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki salah satu kelayakan berikut:

  • i. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji permulaan Gred N1: RM1,500.00); atau
  • ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf Kerajaan.
  • (Gaji permulaan Gred N1: RM1,500.00); atau
  • iii. SPM + Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan/setaraf.
  • (Gaji permulaan Gred N1: RM1,561.00); atau
  • iv. SPM + Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan/setaraf.
  • (Gaji permulaan Gred N1: RM1,622.00).
  1. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
  • Mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf.
  1. DESKRIPSI TUGASTugas 1 – Pengawasan Kontraktor & Aduan
  • Mengawasi kerja-kerja kontraktor mengikut spesifikasi Majlis.
  • Menyiasat aduan awam dan mengatur tindakan susulan.
  • Mengeluarkan kompaun / notis.
  • Memberi penerangan kepada penduduk mengenai kaedah/peraturan Majlis (projek kitar semula, beg plastik, tong sampah, bayaran sampah pukal, kerja pembersihan, dsb.).
  • Lawatan rutin ke tapak untuk memantau kerja kontraktor, termasuk:
  • Pemotongan rumput.
  • Pembersihan jalan, taman, padang, tempat awam.
  • Pembersihan tapak pasar malam, longkang, sungai.
  • Pengurusan tong sampah.
  • Menggunakan komputer & aplikasi terkini dalam tugasan.
Tugas 2 – Kawalan Kesihatan Awam & Alam Sekitar
  • Pemeriksaan Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) & penguatkuasaan undang-undang.
  • Kerja kawalan denggi (pengasapan/larvaciding).
  • Pemeriksaan, penggredan & penguatkuasaan premis makanan (restoran, kantin, gerai, pasar, pusat kesihatan & kecantikan).
  • Persampelan makanan untuk analisis Jabatan Kimia.
  • Aktiviti pendidikan & pameran kesihatan kepada masyarakat.
  • Kawalan aduan berkaitan vektor (sarang tebuan, kucing, monyet, tikus, ayam, burung, dsb.).
  • Kawalan kacau ganggu (semak samun di tanah kosong/premis kediaman).
  • Pemantauan kerja-kerja pembersihan tandas awam.
  • Menggunakan komputer & aplikasi terkini.

Jadual Gaji:

  • Minimum: RM1,500.00
  • Maksimum: RM4,680.00
  • Kenaikan Tahunan: RM100.00

Elaun Tetap:

  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM115.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup: RM350.00
apartmentContinentalplacePetaling Jaya
Apply now Your tasks   1.  Quality & Environmental Management Systems  •  Ensure the effective implementation and continual improvement of the company’s Quality and Environmental Management Systems.  •  Maintain compliance with ISO 9001 standards and...
apartmentHappy Fish Swim School Sdn BhdplacePetaling Jaya
Join Us as a Weekend Part-Time Outlet Crew! Looking for a flexible weekend job with good pay? We’re hiring energetic and friendly individuals to join our outlet team! If you enjoy working in a lively environment, serving customers, and being part of...
local_fire_departmentUrgent

Retail Assistant

apartmentDSLA Sdn BhdplacePetaling Jaya
Minimum SPM or equivalent  •  Fresh graduates are encouraged to apply  •  Able to communicate in English, Malay, and Mandarin  •  Able to commence work immediately  •  Able to work on shifts  •  Possess a positive image  •  Customer service, product knowledge,...