Assistant Engineer Grade Ja5 - Kuala Lumpur

apartmentUniversiti Malaya placeKuala Lumpur scheduleFull-time calendar_month 

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MALAYSIA
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
RINGKASAN TUGAS
  • Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas- tugas yang berkaitan.
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
  • Penolong Jurutera adalah bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal mengenai kajian, keperluan, perancangan dan pengurusan projek di antara pihak pakar teknikal dan pihak pelanggan.
  • Bertanggungjawab menyelaras pelan reka bentuk, pelan tapak dan kerja-kerja berkaitan kelulusan daripada pihak pelanggan serta menyediakan anggaran kos permulaan agar menepati peruntukan daripada pihak pelanggan.
  • Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek pada peringkat pembinaan dan penyeliaan di tapak dan menghadiri mesyuarat apabila diperlukan serta memastikan pelaksanaan mengikut tempoh dan mematuhi prosedur kerja, ketetapan, polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti dan agensi berkaitan di peringkat pusat.
  • Berinteraksi antara disiplin (seni bina, sivil, mekanikal, elektrik dan ukur bahan) untuk penyelarasan projek yang mempunyai implikasi terhadap reka bentuk yang telah dipersetujui.
BIDANG REKA BENTUK
  • Menyemak lukisan reka bentuk dan melaksanakan penyediaan senarai kuantiti (BQ) bagi skop kerja-kerja elektrik.
  • Membuat pengiraan kuantiti daripada lukisan untuk penyediaan anggaran skop kerja mekanikal.
  • embantu proses penilaian teknikal untuk projek Reka dan Bina.
  • Membantu menyediakan skop kerja dan spesifikasi bagi penyediaan Dokumen Tender.
  • Membantu melaksanakan prosedur pelantikan perunding serta penilaian kos perkhidmatan bagi mengendalikan projek Universiti.
  • Membantu melaksanakan prosedur pelantikan perunding serta penilaian kos perkhidmatan bagi mengendalikan projek Universiti.
  • Menyediakan draf Need Statement and Term of References bagi projek Reka dan Bina dan Perunding (Konvensional) untuk kerja sivil/ mekanikal/ elektrikal.
  • Menjalankan kerja pengawasan di tapak projek mengikut lukisan pembinaan dan kontrak termasuk pemasangan peralatan mekanikal dan/ atau perkhidmatan sistem elektrikal serta kerja-ketja pengujian tertentu.
  • Menjalankan pra-ujian untuk pemasangan peralatan mekanikal dan/ atau sistem elektrikal di tapak.
  • Memastikan rekod/ catatan tapak projek dikemas kini dengan teratur.
  • Menjalankan pemeriksaan kecacatan/ pembaikan dalam tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP).
  • Membantu menyemak tuntutan bayaran seperti bayaran penyiasatan tanah (SI), bayaran Juruukur, Inden, Bayaran Interim dan bayaran pampasan tanah.
  • Memastikan semua dokumen tapak projek disimpan dengan baik.
  • Mengumpul dan menyusun laporan projek, pemantauan dan prestasi bagi projek berkenaan.
  • Menyelaras kerja-kerja audit kualiti pembinaan di tapak projek.
  • Membantu penyediaan laporan projek, pemantauan, kemungkiran dan prestasi bagi projek di bawah penyeliaan unit/ cawangan untuk kemukakan kepada pengurusan atasan.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan bagi mesyuarat tapak, koordinasi dan teknikal projek.
  • Mengemas kini laporan projek, laporan teknikal mengikut keperluan dan prosedur penyimpanan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).
  • Mengemas kini kemajuan fizikal dan kewangan projek menggunakan perisian SKALA Workflow dan MS Project.
PENGURUSAN ASET/SENGGARA
  • Menyelaras dan menyelia dalam aspek pengurusan aset (penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira).
  • Menyelaras dan menyelia penyediaan laporan harta modal, inventori dan laporan pelupusan aset alih kerajaan.
  • Menyelaras, mengawas atau melaksana kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan, penggantian dan pemasangan (skop kerja sivil/ mekanikal/ elektrik) bagi dalam dan luar bangunan.
  • Membantu menjalankan kerja-kerja forensik bagi aduan kerosakan struktur bangunan atau membantu jabatan/ agensi yang terlibat dalam penyiasatan forensik tersebut termasuk memastikan tarikh lawatan tapak dan maklumat lain berkaitan untuk tujuan laporan penyiasatan di tapak.
  • Mengumpul dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kajian post occupancy bagi projek-projek yang telah disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan bagi tujuan penanda aras dan penambahbaikan yang berterusan.
BIDANG ELEKTRIK
  1. Bagi Penolong Jurutera sub-bidang Elektrik adalah bertanggungjawab:
  • Memastikan sistem bekalan elektrik seluruh kampus berada dalam keadaan baik, cekap dan selamat digunakan.
  • Menguruskan sistem pendawaian elektrik voltan rendah di dalam bangunan (415V-240V), sistem keselamatan dan pencegahan kebocoran arus elektrik termasuk sistem pembumian serta sistem pencegahan kilat untuk bangunan.
BIDANG ELEKTRONIK
  1. Bagi Penolong Jurutera sub-bidang Elektronik adalah bertanggungjawab:
  • Memastikan sistem telekomunikasi dan elektronik seluruh kampus berada dalam keadaan baik dan cekap.
  • Menguruskan sistem telefon/ PABX, sistem walkie-talkie, sistem audio visual termasuk sistem bunyi dan lampu pentas, sistem biling, sistem elektronik seperti kawalan pintu, motorized sliding door dan sebagainya.
  1. Bertanggungjawab membantu Jurutera bagi pengurusan projek dan penyelenggaraan Bahagian Elektrik dan Elektronik.
BIDANG AUTOMOTIF (WORKSHOP)
  • Menyelaras pengujian dan pemeriksaan kenderaan baru untuk jabatan-jabatan kerajaan, kenderaan terpakai untuk tujuan nilaian harga rizab kenderaan dan pinjaman kewangan kerajaan bagi pegawai Universiti.
  • Membuat anggaran visual dan anggaran kos pembaikan kenderaan jabatan kerajaan yang terlibat dengan kemalangan dan penilaian harga lelong serta lucut hak kenderaan.
  • Melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dan loji mengikut jadual yang ditetapkan.
BIDANG PENGURUSAN AUTOMOTIF
  • Meneliti dan menyemak kes/ permohonan melibatkan keperluan/ arahan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.
  • Mengawal selia aktiviti pemeriksaan kenderaan perdagangan oleh pihak swasta (PUSPAKOM) dengan membuat lawatan, pemeriksaan mengejut dan perbincangan.
  • Menyediakan sijil timbang berat kenderaan mengikut permohonan dari pembuat atau pengedar kenderaan.
  • Membantu Jurutera merancang progam pelaksanaan penyelenggaraan dan tentukuran alat-alat penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan seperti peralatan di Stesen Penguatkuasa JPJ, titi timbang, penguji cermin gelap dan sebagainya.
  • Membantu Jurutera memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan kenderaan.
  • Membantu Jurutera di dalam meneliti permohonan mengecop semula nombor casis dan enjin, penukaran enjin, penukaran casis, penukaran gandar dan permohonan-permohonan pengubahsuaian kenderaan. Merujuk dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Alam Sekitar, MKJR, DSM dan sebagainya.
  • Memproses permohonan kelulusan jenis kenderaan baru pemasangan tempatan, import baru dan terpakai serta melaksanakan pemeriksaan dan pengujian ke atas model pertama kenderaan tersebut.
  • Membantu Jurutera untuk menyemak pelan-pelan kenderaan yang disyorkan oleh PUSPAKOM, sebelum diluluskan.
BIDANG MEKANIKAL
  • Bertanggungjawab memastikan peralatan sistem mekanikal seluruh kampus berada di dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Bertanggungjawab membantu jurutera bagi pengurusan projek dan penyelenggaraan Bahagian Kejuruteraan Mekanikal.
  • Membantu jurutera memastikan semua peralatan sistem mekanikal seluruh kampus berada di dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Menyenggara sistem-sistem berikut:

(i)Sistem penyaman udara dan pengudaraan.

(ii) Sistem lif dan dumbwaiter.

(iii) Sistem perpaipan LPG (Liquid petroleum gas).

(iv)Sistem pencegah kebakaran.

(v) Sistem pam air domestik dan pam kumbahan.

(vi) Sistem pemampat udara.

BIDANG MEKANINAL DAN INFRASTRUKTUR LADANG
  • Membantu merancang, menyelia dan mengawasi program penyelenggaraan jentera.
  • Mengurus keperluan logistik untuk pembangunan dan penyelenggaraan ladang.
  • Menyelaras keperluan jentera tambahan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
  • Menyedia laporan operasi dan senggara jentera.
  • Cuti Tahunan
  • EPF
  • SOCSO
business_centerHigh salary

Mill Engineer

apartmentFGV Holdings BerhadplaceKuala Lumpur
Knowledge of mill machinery, process optimization, and safety standards.  •  Strong problem-solving skills and ability to lead maintenance teams.  •  Willing to be based at mill sites and work in shifts if needed. Operations Engineer.  •  Responsible...
placeAmpang Jaya, 8 km from Kuala Lumpur
about the company A leading company committed to innovation and sustainability in the packaging industry. about the job This role requires a Packaging Engineer in assisting in the development of new packaging concepts, ensuring product...
apartmentXiamen University Malaysia.placeAmpang Jaya, 8 km from Kuala Lumpur
Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan (Komputer/Telekomunikasi) atau setaraf.  •  Graduan baru, terutamanya dengan pengalaman kerja langsung selama 1-3 tahun dalam bidang IT/Sistem Komputer, Pengaturcaraan,...