Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 (Kontrak) – Selmax Sdn Bhd

apartmentMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) placeShah Alam scheduleFull-time calendar_month 

GRED DAN JADUAL GAJI

Gred: KP1
Gaji Minimum: RM1,500.00
Gaji Maksimum: RM4,680.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup: RM350.00

Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)
  1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atauii. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atauiii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; daniv. Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang, dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b)

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c)
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan: RM1,500.00); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan: RM1,500.00); atau

iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya, dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan: RM1,500.00); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: RM1,561.40); atau
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: RM1,622.00).

SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN(d) Ukuran Fizikal dan Pancaindera
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57 meter bagi lelaki dan 1.53 meter bagi wanita tanpa bersepatu.ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kilogram bagi lelaki dan 46 kilogram bagi wanita.iii. Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) di antara 19 hingga 26.iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79 sentimeter ukuran dada biasa dan 84 sentimeter semasa menarik nafas (lelaki sahaja).v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

(e) Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan dengan kelayakan (c)(i), (c)(ii), (c)(iv) dan (c)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
  • Mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang telah dijadualkan oleh penyelia.
  • Menjaga peralatan yang dibekalkan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Melaksanakan apa-apa arahan lain yang diberikan dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan tempat letak kereta.
apartmentMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)placeShah Alam
GRED DAN JADUAL GAJI  •  Gred: KP1  •  Gaji Minimum: RM1,500.00  •  Gaji Maksimum: RM4,680.00  •  Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM115.00  •  Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00  •  Bayaran Bantuan Sara Hidup: RM350.00  •  Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00 SYARAT...
apartmentRentwiseplaceShah Alam
Job Overview Assist the Helpdesk team in providing first-level IT support to end users. This internship offers hands-on experience in troubleshooting, ticketing systems and technical communication. Key Responsibilities:  •  Assist in responding to...
apartmentCargo4u Sdn BhdplaceShah Alam
Bachelor's in Software Engineering, Computer Science, or related.  •  3-5 years in software development, with AI/ML focus (e.g., Python, Java).  •  Experience with cloud tools (e.g., AWS SageMaker) and version control (e.g., Git).  •  Familiarity with...